Isnin, 27 April 2009

GAHARU LAGI MEMANG TIDAK DAPAT DI KAWAL LAGI MINAT ORANG ORANG KAMPONG ROSOK KEPADA MENANAM KAYU GAHARU SEMAKIN RANCAK MASA KINI

memandangkan harga kayu gaharu dipasaran sangat tinggi sehingga mengeliur orang yang mendengarnya sehinggakan orang muda orang tua sibuk menanam kayu jutawan ini , dan kami disyerikat borneo gaharutas aroma enterperise tidak henti henti menerima pangilan berkenaan penanaman kayu tersebut, ada satu cerita yang sangat lucu berkenaan dengan kayu gaharu ini itu ada satu orang kawan yang baru dengar cerita kayu gaharu ini, suatu hari sikawan ini dilihat membawa 10 anak pokok gaharu yang tingginya sudah menjanjkau 4kaki ,seorang kawan ahli syerikat borneo gaharutas bertanya kemana kamu dapat bibit kayu ini? orang itu jawab . dari kawan katanya. oh. kenapa ambil sikit sehaja , kata ahli tadi. orang tadi jawab cukup ini disana banyak tapi malas nak angkat . ahli tadi kata kamu tahu kah kayu ini sangat mahal harganya kalau sudah disuntik. orang tadi jawab buat apa mahu suntik kayu ini bukan berpanyakit katanya. ahli bgte.tadi menjawab; bukan, maksud saya kayu gaharu ini apabila sudah besar macam pokok pinang sudah boleh disuntik dengan sejenis veksin pengalak resin gaharu supaya ia menjadi teras gaharu tahu saudara sepokok kayu gaharu matang apabila sudah buat suntikan boleh menghasilkan rm;15000.00 hingga rm; 25000.00. orang tadi terus buang rokok yang dihisap dan cepat cepat balik, dan diberitakan dikini telah menanam hampir 1000 pokok masa ini Tuesday, January 29, 2008

MAKLUMAT TENTANG GAHARU
Apa itu Gaharu ?Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera ( sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras ( damar ).Bahan damar yang terhasil ini pula mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi dan dikenali sebagai gaharu.Kegunaan GaharuGaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan.Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.Nilai GaharuDi pasaran tempatan teras gaharu dijual berdasarkan mutunya yang dibahagikan gred-gred tertentu iaitu di antara RM1000.00 hingga RM25,000.00/kg.Pati minyak yang diekstrak juga dijual berdasarkan mutunya mengikut gred tertentu iaitu di antara RM350.00 – RM600.00/pertola/ atau 10 ml.Ketulan kayu / wood chip gaharu dijual berdasarkan mutu mengikut gred dari RM4 – RM25/kg.Kesesuaian Kawasan TanahSpesis pokok gaharu merupakan tumbuhan malar hijau dan cepat tumbuh. Ianya sesuai ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali tanak berpaya dan bertakung air. Pokok gaharu boleh ditanam di kawasan tanah rata dan berbukit.Sistem PenanamanTiga jenis sistem tanaman boleh diusahakan iaitu secara tanaman monokultur, tanaman campuran dengan spesis herba dan ubat-ubatan lain, serta tanaman integrasi dengan tumbuhan pertanian seperti getah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pola Tanaman boleh dibuat secara tanaman baris atau secara tanaman berkelompok.Penyediaan Tapak TanamanTanah tersebut hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada tumbuhan-tumbuhan renek, rumpai dan pokok-pokok musuh. Jarak tanaman hendaklah disesuaikan, dan begitu juga kedalaman lubang agar anak pokok gaharu dapat hidup subur.Kaedah PenanamanKerja-kerja penanaman disarankan mengikut kesesuain cuaca atau iklim sekitar. Penanaman yang betul menjamin tumbesaran anak pokok gaharu. Anda dinasihatkan merujuk kepada pakar.Penjagaan Dan Rawatan TanamanAnak-anak pokok perlu dijaga dengan sempurna pada peringkat awal pertumbuhan. Rawatan susulan seperti pembersiahan sekeliling pokok tanaman daripada rumpai musuh, pembajaan yang sesuai dan pemangkasan pucuk anjur pelbagai cabang pokok perlu dilakukan.Rawatan Inokulasi Penghasilan GaharuSecara semulajadi, pembentukan gaharu adalah disebabkan oleh berlakunya serangan penyakit akibat terluka cabang atau kerosakan batang pokok. Berdasarkan kepada mekanisme pembentukan gaharu secara semulajadi ini, maka adalah berkemungkinan penghasilan gaharu secara mekanikal boleh dilakukan mengikut kepada teknologi semasa.Rawatan penginokulasian penghasilan gaharu dijangka boleh dibuat setelah pokok gaharu berumur di antara 4 – 5 tahun ke atas.Proses inokulasi ialah proses menebuk danmemasukkan sejenis bendalir / vaksin / bakteria penggalak risin ke dalam pokok gaharu yang telah matang.Penuaian / Penghasilan GaharuPenuaian dijangka dibuat setelah pokok tanaman diyakini telah mengandungi gaharu.Beberapa ujian secara klinikal akan dilakukan ke atas pokok.Penuaian dilakukan setelah umur pokok mencecah 6 – 7 tahun atau 10 tahun.Semakin lama jangka masa penuaian akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti penghasilan gaharu. Setiap pokok gaharu dianggarkan boleh mengeluarkan 5 – 20 kilogram gaharu
Posted by Usahawan Gaharu at Tuesday, January 29, 2008 0 comments
Saturday, January 12, 2008

HARGA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan