Sabtu, 18 April 2009

GAHARU1. KG ROSOK MEMPUNYI POTONSI PENGELUAR GAHARU DALAM MASA YANG SINGKAT KERANA MEMPUNYI KAWASAN TANAH YANG SUBUR SECARA SEMULAJADI.

kawasan tanah yang terdapat dikampong rosok masih luas yang belum diteroka dan tanahnya subur sesuai untuk pertumbuhan segala jenis tumbuhan terutama jenispokok gaharu, selain daripada kawasan yang luas juga terdapat kemudahan perhubungan yang baik tidak hairan disuatu masa nanti nama kampong rosok akan muncul sebagai pengeluar bahan mentah berasaskan gaharu .juga kedudukannya yang dekat dengan banjaran gunung yang mana memjadi sumber untuk mendapatkan bibit gaharu. syerikat borneo gaharutas aroma enterperise dengan kerja sama dari beberapa syerikat gaharu dari negeri kelantan dan thailand ingin bercadang membuka serinti geharu dilokasi tersebut terutama dikawasan tumpuan . semoga nanti dengan adanya pusat terancang ini akan memberi kemudahan kepada pengusaha gaharu yang ada dikampong rosok. kerana menurut berita daripada beberapa sumber terdapat ramai penduduk kg rosok sudah membuka mata dan mula menanam pokok gaharu ini dan ada yang sudah besar.disini bgtae ingin kongsi satu berita gaharu Apa itu Gaharu ?Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera ( sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras ( damar ).Bahan damar yang terhasil ini pula mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi dan dikenali sebagai gaharu.Kegunaan GaharuGaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan.Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.Nilai GaharuDi pasaran tempatan teras gaharu dijual berdasarkan mutunya yang dibahagikan gred-gred tertentu iaitu di antara RM1000.00 hingga RM25,000.00/kg.Pati minyak yang diekstrak juga dijual berdasarkan mutunya mengikut gred tertentu iaitu di antara RM350.00 – RM600.00/pertola/ atau 10 ml.Ketulan kayu / wood chip gaharu dijual berdasarkan mutu mengikut gred dari RM4 – RM25/kg.Kesesuaian Kawasan TanahSpesis pokok gaharu merupakan tumbuhan malar hijau dan cepat tumbuh. Ianya sesuai ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali tanak berpaya dan bertakung air. Pokok gaharu boleh ditanam di kawasan tanah rata dan berbukit.Sistem PenanamanTiga jenis sistem tanaman boleh diusahakan iaitu secara tanaman monokultur, tanaman campuran dengan spesis herba dan ubat-ubatan lain, serta tanaman integrasi dengan tumbuhan pertanian seperti getah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pola Tanaman boleh dibuat secara tanaman baris atau secara tanaman berkelompok.Penyediaan Tapak TanamanTanah tersebut hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada tumbuhan-tumbuhan renek, rumpai dan pokok-pokok musuh. Jarak tanaman hendaklah disesuaikan, dan begitu juga kedalaman lubang agar anak pokok gaharu dapat hidup subur.Kaedah PenanamanKerja-kerja penanaman disarankan mengikut kesesuain cuaca atau iklim sekitar. Penanaman yang betul menjamin tumbesaran anak pokok gaharu. Anda dinasihatkan merujuk kepada pakar.Penjagaan Dan Rawatan TanamanAnak-anak pokok perlu dijaga dengan sempurna pada peringkat awal pertumbuhan. Rawatan susulan seperti pembersiahan sekeliling pokok tanaman daripada rumpai musuh, pembajaan yang sesuai dan pemangkasan pucuk anjur pelbagai cabang pokok perlu dilakukan.Rawatan Inokulasi Penghasilan GaharuSecara semulajadi, pembentukan gaharu adalah disebabkan oleh berlakunya serangan penyakit akibat terluka cabang atau kerosakan batang pokok. Berdasarkan kepada mekanisme pembentukan gaharu secara semulajadi ini, maka adalah berkemungkinan penghasilan gaharu secara mekanikal boleh dilakukan mengikut kepada teknologi semasa.Rawatan penginokulasian penghasilan gaharu dijangka boleh dibuat setelah pokok gaharu berumur di antara 4 – 5 tahun ke atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan